Wednesday, November 05, 2008

Perkara paling sukar

Kau dan aku tahu kita tidak perlu berada di sini
Ini satu kesilapan
Dan sayang, ini melukakan aku dan melukakan kau juga
Kita cuba mencari kekuatan

Aku perlu ke suatu tempat
Aku berjanji akan menyimpannya
Dari dia yang menyintaiku
Dan percayakan aku sehingga tidur nyenyakku

Aku membuat keputusan
Aku tak akan berpatah balik
Kau terlalu baik untukku
Dan kau selayaknya mendapat yang lebih baik dari aku

Inilah perkara paling sukar untuk aku lakukan
Untuk merenung matamu
Dan mengatakan aku tidak lagi mencintaimu
Inilah penipuan paling sukar ku lakukan
Untuk mengawal emosi aku
Bila kau mula menangis

Aku tak mahu kau tahu yang kau sungguh bermakna dalam hidup ini
Bila tanganku diikat dan hatiku tidak bebas
Kita tidak ditakdirkan bersama

Inilah perkara paling sukar untuk aku lakukan
Untuk berpaling tadah dan pergi jauh
Berpura-pura tidak mencintai kamu

Aku tahu yang kita akan berjumpa lagi
Takdir yang menentukan tempat dan masa
Jadi kau boleh teruskan hidup kau
Aku perlu menjadi kejam untuk menjadi baik

Semua cintaku akan ku buangkan
Dan kau tidak mungkin tahu
Mungkin tiada kebahagiaan diakhirnya

Mungkin di masa lain
Di hari lain
Sebanyak mana yang aku mahu
Aku tidak boleh di sini

Aku tidak mahu berbohong dalam hidupku
Apa yang patut aku lakukan

No comments: