Ni wajah2 suci sebelum berlari... (bawah sikit takleh tengok, seksi uols)
Assalamualaikum
Lama dah saya tak menulis sesuatu di blog peribadi saya ni. Sibuk kaedahnya, dengan bebanan kerja, dengan tuntutan menulis, dengan latihan lagi, dengan kelas memasak. (Eh, sejak bila aku mengajar kelas memasak, gasaklah)
By the way, saya nak beritahu yang saya ade hobi baru. Bagi pengikut saya di laman facebook, mesti sudah tahu yang saya sudah berjinak-jinak dengan aktiviti larian. LOL, dulu dok panjat bukit sana sini. Sekarang dok lari marathon plak. Sebelum ni segan nak bercerita, yerlah 10km tu consider fun run saja. Sekarang ni dah masuk Half Marathon, bleh la riak sikit. Ye tak?
After the race
Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan larian 21km dalam masa Gun Time 2:35:53.0, Chip Time 2:34:41.5, rank 507. Ok lah tu kan. Ni kali kedua aku join half marathon, InsyaAllah, Standard Chartered KL Marathon pula lepas ni.
By the way, many thanks to the coach yang conduct latihan untuk saya ye. Terima kasih banyak-banyak. Belum mampu nak join full marathon. InsyaAllah, akan ade rezeki ke arah itu.
Nota kaki: kalau aku duduk KL, mesti aku join event every week.