Thursday, September 30, 2010

Aidilfitri 2010: Rumah Terbuka 1

Ini adalah rumah terbuka yang pertama dihadiri. Bukan setakat hadir, merewang sekali. Almaklumlah rumah kakak sendiri, kalau bukan adik bujangnya yang seorang ni meringankan tulang kurusnya, siapa lagi yang akan menolong bukan.

Menggedik dengan adik. Aduh, aku ni dah nak hampir habis zaman bujang makin gedik plak

Majlis ini untuk rakan-rakan sekerja abang ipar, kakak, dan kawan-kawan anak saudara aku yang enam orang tu. Kawan aku? nanti-nanti, insyaAllah akan ada housewarming. Masih dalam perancangan lagi, banyak yang belum selesai lagi ni.

Dey tambi, sibuk bakar kambing ka?

Menu hari tu, laksa johor, nasi impit stail johor (makan dengan sambal goreng dan rendang), ayam bakar, kambing bakar dan juga cocktail. Eh, kakak, tahun lepas ada satay? tahun ni tak ada pulak ye? Tak mengapalah, janji semua pulang dengan puas hati.

Ni satu baby yang aku cilok. Tak sempat nak berkenalan.

Tak sempat nak berkenalan dengan mana-mana baby. Baru nak ngurat, nak jadi bapak angkat beberapa jam. Baru cilok 1 dah kene buat kerja. Kalau idak boleh kenal-kenalan kan. Tahun depan jumpa konpem la dia tak kenal aku.

Nota kaki: Abang, saya mahu D90 satu

Wednesday, September 29, 2010

Aidilfitri 2010: Cerita Raya Di Kampung

Aidilfitri 2010, alhamdulillah berjalan dengan baik sekali. Syukur diberi kenikmatan hidup yang tiada tolok bandingnya. Syukur menjadi diri ini yang masih lagi bernyawa. Syukur diberi kebahagiaan walaupun terselit bait-bait kesedihan dalam setiap langkah yang diatur. Syukur dikurniakan insan-insan yang membahagiakan disetiap penjuru hidup ini.

Sukar benar mahu mengumpulkan keluarga yang tidak berapa besar ini. Pagi Aidilfitri kalau bisa dilengkapkan dengan Mak, Abah, 7 anaknya, 6 menantu dan 19 anak saudara tentu meriah.

Ringkas. Itu sahaja yang bisa aku gambarkan sambutan Aidilfitri 2010. Namun masih lagi meriah, ditambah dengan penyeri-penyeri hidup melengkapkan lagi Aidilfitri. Makanan seperti tahun-tahun sudah, Ketupat, Rendang Daging, Ayam masak merah, Masak Lodeh, Sambal Goreng sungguh menyelerakan. Almaklum, air tangan mak tersayang.

Sememangnya aku dan adik tidak boleh dipisahkan, teman bicara dan sahabat terbaik dulu kini dan selamanya. Biar dia sudah menjadi hak mutlak suaminya, aku tetap akan sayangkan dia dunia dan akhirat.

Tahun ini, semua yang terakhir kerana sebuah penghidupan baru bakal bermula. Doakan yang terbaik buat insan kurus ini. Amin. Syukur atas kurniaan Rezeki.

Nota kaki: Life is getting tougher

Friday, September 10, 2010

Virtual E-Card



























Ucapan, terima kasih dari saya. More to come I guest

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri

Wednesday, September 08, 2010

Godek Dodol [tulisan paling sempoi]

4hb hari tu sempat lah menjoinkan diri dalam pertandingan mengacau dodol anjuran UMNO Sg. Pinang, Klang. Sengal kau kan Kak Heze tak bagitau ni pertandingan mengacau dodol. Ampeh, memula aku ingat seronok-seronok je. Sekali pertandingan.

Blogger Gonjeng Katanya Remy, Ruddy, Reze, Rill, Ros [Matilaaa kene carut, suka suka tuka nama orang]
1st time kacau dodol ni. Mesti la teruja noks. Bukan ape, walaupun aku ni lelaki kampung. Bende-bende macam ni dah jarang buat kat kampung aku. Ada pun beli je. Lagipun aku sendiri kureng makan dodol. Tapi setelah bersusah payah membuat dodol, lepas ni akan aku pastikan aku makan dodol dengan banyak. Sampai cirit pun tak ape. [selekeh la entry aku hari ni]

Pose paling jantan kononnya la, Kos Serani [Model tu], El-Zaffril, Rhuddy dan bunga kami malam itu. Kak Heze
Sakit badan tak usah cite. Belikat semua memang tegang je urat. Urat je yang tegang erk. Korang ni kan. Tak baik tau. [tak dengar pun korang cakap ape]. Balik tu, terus demam. Hamek kau. Makan panadol 6 biji. Memang jalan demam aku tu.

Laju gile kacau dodol, sampai camera pun tak bleh capture gambar pendayung tu. [betul ke nama dia pendayung]

Apa pun Kak Heze, walaupun kau seksa kitorang yang bodoh-bodoh kambing ni pasal kacau and membuat dodol, tapi terima kasih sangat2. Really enjoy the moment. Tahun depan ajak lagi aku ni. Walaupun aku dah jadi laki orang time tu erk.

Antara ayat best malam tu.
Ibu Kak Heze: "3 jam boleh kacau, takkan tungguh setengah jam tak boleh?" Hahaha
Adik Kak Heze: "Kitorang dapat 20kg sebab kitorang kacau tak menari." Wakakaka

Tuesday, September 07, 2010

Buka Puasa Bloggers Gonjeng @ Peri-Peri, KLCC

Pergh, tajuk je gempak. Padahal takde ape pun. Cerita ni dah basi dah. Hahaha. Standard la aku ni kan. Pemalas nak update blog. Hahaha

Tu dia, tengah melepak tunggu order sampai
Hari tu meluangkan masa berbuka puasa bersama bloggers gonjeng yang di organize oleh akak gonjeng sempena birthday dia yang ke 50. Eh, sebaya anita sarawak kau erk. Keh keh keh.

Photoshoot katanya
Tiada apa yang menarik mahu diceritakan. Selain makan ayam nando's, bubur lambuk akak gonjeng sangat sedap ya. memang diakui kesedapannya. Sehingga menjilat jari.

Monday, September 06, 2010

Berbuka Puasa Bersama Hot FM.

Dari sahur, ke buka puasa bersama Hot Fm. Di ajak oleh kawan aku. Aku ni menumpang je kemenangan dia. Hahaha, selambe. Yang penting makan free kan.

Lebih botak daripada biasa. Trademark kami.

Majlis ni di buat di Jusco Aeon Taman Keramat AU2. Sempena mengutip derma untuk anak yatim dan juga majlis berbuka puasa bersama Anak Yatim dan Hot FM. Hehe, tak dapat organize, dapat memeriahkan jadi la.

Alias Macho, Adief comel, Lelaki kampung dan AJ yang hot
Ok lah, banyak betul cerita tergantung ni. Nanti kalau sempat nak update lagi. (Pic, credited to Miss Janet)

Friday, September 03, 2010

Bersahur Bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail

Saya suka Hot FM. Lebih botak daripada biasa
Tahun ni puasa memang meriah, selain jemputan berbuka puasa yang memenuhkan jadual aku. Tak kurang juga bersahur, ada juga yang menjemput. Bazaar ramadhan, baru pergi empat kali setakat hari ini. Hahaha

Ni la kawan aku yang menang. Encik Afandi

Ok, bersahur dengan Fara dan Faizal ni exclusively dibuat untuk pemenang bertuah Marigold kalau tak silap. Member aku yang dapat. Aku diminta temankan dia je. Sebab seorang pemenang boleh membawa lagi 4 teman.

Tahu tak apa. Tempe pun sedap. Fara fauzana

Balik as usual la kan, dengan sebiji hamper. Haha, rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Anyway, hari tu jumpa blogger yang pemes, Tapi dia tak kenal aku. Budiey.com. Gambar aku letak kat fb je la. Hahaha, siap ada yang datang all the way dari kemaman just to attend this event. Sangat kagum dengan peminat Hot FM.

Trademark aku, balik mesti bawa balik hadiah

Aku pula, "Lebih botak daripada biasa". Ok la. Aku rasa aku dah selalu sangat merapu kat blog aku ni. Sampai tulis blog pun merepek-repek. Nanti aku story pula buka puasa dengan Hot FM. Rezeki anak-anak.

Nota kaki: Hidup tanpa cinta umpama hidup tanpa cita-cita.

Thursday, September 02, 2010

Gathering Buka Puasa MMUians

Cerita buka puasa hanya di pilih beberapa saja. Malas nak tulis semua. Nanti over mengada-ngada plus gedik sangat-sangat. Semua nak cerita kat blog kan. Hahaha, saya tak mahu gila glamour. Hahaha

@Belanga, sementara tunggu bulan puasa

Oklah, event ni simple je. Tu pun diorganize oleh Ms. Erna, makcik yang keje tm tu. Haha macam iklan makcik cleaner plak. Kitorang decide makan kat belanga. Makanan kelantan. Bolehlah, tak adalah meletup pun.

Dari kiri: Erna, Laili, Nuar, Emy, Mira, Zehar, Fie, Mai, Me and Wan
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis. Lainkali kite buat lagi erk. Lama tak jumpa korang kan. Hehehe. Oklah, till then. Good nite.

Wednesday, September 01, 2010

Jangan Sentap K, Broga lagi

Perhatian: Cerita ini dah lama di peram. Tarikh kejadian 8 Ogos 2010

Had been at the top for the 3rd time

Ni dah kali ke empat aku panjat Broga Hills dan kali ketiga sampai at the peak of Broga. Perasaan? Tak ada lah nak teruja sangat. Tapi boleh la. Still boleh enjoy sangat-sangat. Kali ni pergi berenam Me, Kak Nita Zakaria (Kakak Abg Eqbal), Maymun (Anak Kak Nita), Faiz, Syafinaz dan Amir. Yang last 3 orang tu kira anak buah Kak Nita.

Maymun, anak kak nita
With Amir (bukan anak ikan aku ye)

Aku and Amir je manage untuk sampai to the Top of broga. Yang lain pancit. Hehehe So few tips untuk sesiapa yang berminat nak panjat broga
  1. Make sure panjat seawal mungkin. Untuk muslim, dicadangkan untuk Solat Subuh di Petronas betul-betul after, exit Lekas and then cepat-cepat panjat.
  2. Make sure bawa air secukupnya. 1.5L mineral water is enough.
  3. Mak sure, bawa camera. The scenary was damn beautiful
  4. Bawa torch light.
  5. Kalau hujan, bawa rain coat.
  6. Bawa la light breakfast. e.g. Sandwich, mesti akan lapar bile sampai atas.
  7. Make sure turun before 9.00am, kalau cuaca cerah. Atas tu panas gile kot.
This sweet couple, aku cakap nak ambil gambar. Sempoi. aku tak kenal pun. Diorang layankan je. Aku pelik, sejak bile ada buai kat puncak Broga

Ok la. Itu saja untuk hari ni.