Lama tidak menulis. Sesekali terasa janggal. Baru mula menaip bait-bait, terus dipadam. Telahku, tidak cukup mantap tulisan kali ini. Tahun 2010, inilah entry pertama yang ku tulis. Tidak begitu betah ingin menulis kali ini.
Ya, sememangnya banyak sekali yang patut ku ceritakan, majlis-majlis pernikahan, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, perjalanan yang masih belum selesai. Barangkali aku sudah lelah menulis. Sudah lelah mengerah keringat. Hanya Allah yang bisa mengetahui, betapa lelahnya diri ini.
Kadangkala, aku hanya mahu tidur dan bermimpi. Yang indah-indah belaka. Ya, mimpi bisa terbang, mimpi bisa berlari sepantas kilat. Dan seboleh-bolehnya mimpi itu tidak berakhir sebegitu sahaja.
Sesekali ku jengukkan juga ke blog-blog lain. Banyak sungguh cerita-cerita indah mereka. Momen yang sememangnya hadir cuma sekali. Yang adakalanya harus di ingat sampai mati dan sebahagiannya bisa sahaja dimusnahkan dari kotak fikiran kamu itu.
Insyaallah, akan dikhabarkan segala cerita. Mungkin diri ini masih lagi bermimpi tatkala menulis entry ini. Mungkin juga realitinya seindah mimpi. Owh, mungkin juga mimpi ku menjadi realiti. Insyaallah, akan ku titip kembali blog ini. Menulis seindah mungkin. Agak melankolik bait-bait hari ini. Ya, tidak mengapalah. Apalah salahnya, sesekali melankolik. Jelek barangkali yang membaca.
Kadangkala terlalu lewat tersedar, kesilapan demi kesilapan kita lakukan. Sehinggalah penghujungnya itu, baru kita sedari. Tidak salah berpatah balik. Tidak salah memulakan penghidupan yang baru. Tapi kesilapan itu tetap berbekas.
Kali ini aku sudah nekad, untuk tidak menoleh kebelakang. Merencanakan semula penghidupan baru. Yang sama sekali berbeza dengan apa yang aku rencanakan dahulunya. Akan pasti kali ini, yakin dengan keputusanku.

Nota kaki: Biarkan berlaku...