Thursday, November 26, 2009

Malam Muhibbah MMU Melaka

Amacam, Stylo tak?

Minggu lepas sempat la menghadikan diri ke Majlis Makan Malam Muhibbah yang dianjurkan oleh MMU Melaka. Diadakan di Dewan Bestari, Ayer Keroh. Aku ni memang muka tak malu. Senior yang dah terbuang pun masih lagi tak sedar diri mencemar duli join program MMU. Hahaha

Antara persembahan malam tu

Program ni aku tak pasti la dianjurkan untuk apa. Tapi yang penting, aku datang cuma nak makan and jumpa mana-mana Junior-junior yang masih lagi sayangkan MMU. Hua hua hua. Sakit hati tak dengan statement aku. So selamat menjadi warga tua MMU erk. Aku dah selamat dah. Now nak jadi warga tua UPM.

Ni gambar dengan Staff and Junior

Ni dengan sape-sape ntah, layankan je

Malam tu ada la persembahan kebudayaan semua. Aku layankan je la kan. Bukan apa. Malas nak layan sebenarnye persembahan malam tu. Kami ditempatkan oleh abg six pack di belakang sekali. Almaklumlah, takut kami buat kecoh katanya.

Meja kami malam tu, Azmi kata, Meja Puaka

Apapun, I don't really enjoy the program, but swear to God I miss the moment during undergrad. Jumpa member-member kat MMU and also the juniors memang sangat enjoy and sempoi. Hua hua hua. Ape pun. Good luck for your study.

Kalau nak tengok pic, boleh tengok kat facebook. Nak upload semua kat sini, hosting kecik. Takut penuh plak nanti. Tunggu aku beli hosting la erk.

My exhousemate, Dwang
Bersama Shikin, Apis and Kawan Shikin
Ni pose istimewa untuk malam tu. Kat props set and Red carpet

Aku kalau tak melompat tak sah

Nota kaki: Bangun, berdiri dan berlariJustify Full

Sunday, November 22, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Hujung minggu, memang sungguh tak ada kerja. Nak buat kerja malas sangat-sangat. Padahal melambak je keje yang aku kene buat. Jadi aku pun mendownload Ketika Cinta Bertasbih. Nak komen lebih-lebih. Aku tatau pasal movie. Aku tau layan movie je. Nak berlakon pun boleh. Hehehe

Sape-sape yang ada hati mau tengok and mendownload, aku share link bawah ni dengan korang

The story is very simple sebenarnye....

Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.

Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.

The movie trailer...

Saturday, November 21, 2009

Majlis Makan Malam Scored 2009

Hari Isnin lepas, berlangsung pembentangan kertas-kertas penyelidikan. Bukan aku la yang bentangkan. Aku tak siap lagi research aku. So ape yang aku nak bentangkan. Bentangkan badan aku bleh?

Memandangkan member2 aku tak dapat nak pegi majlis makan malam. So aku dengan member lab aku Taufiq la datang melantak. Alhamdulillah. Melantak memang banyak. Hahahha. Memang patut pun semua orang cakap aku makin gemuk.

Ni la Taufiq, tak sabar kami mahu makan kambing panggang itu.
Antara makanan yang aku ambil.

Ni nombor cabutan bertuah yang ada di Meja Kami

Dan aku syukur, sebab bertuah pada malam itu

Aku makin gemukkah? Tak timbang lagi berat dah naik ke belum.

Ada orang kata aku makin berisi. Hurm, memang sedikit berisi. agaknya la kan. Umur pun semakin meningkat. Hati plak makin senang. Apa lagi, naik la berat badan. Aku syukur dengan apa yang telah dikurniakan. Amin...

Nota kaki: Bila kita luahkan, kita akan rasa lebih baik.

Friday, November 20, 2009

Seribu Warna - Dato' Siti Nurhaliza

Sabtu petang yang lepas, selepas majlis pernikahan Sha dan juga Fairuz, saya menerima panggilan telefon dari Kash. Katanya dia ada tiket lebih untuk Konsert Dato' Siti Nurhaliza. Saya bukanlah Siti Zoner ataupun Die hard fan Dato' Siti, saya menemankan seorang sahabat saya. Dia sememangnya peminat Dato' Siti Nurhaliza sejak kami kenal di Zaman persekolahan 11 tahun dahulu.

Tiada apa yang mahu saya ulas lanjut mengenai konsert ini. Yang kedua Konsert Dato' Siti saya hadiri. Yang pertama sewaktu Fantasia Tour. Sememangnya saya harus mengakui, tiada tolok banding bakat yang dimilikinya dengan sesiapa pun penyanyi di Malaysia. Tetap no 1. Cuma bezanya, malam itu Dato' Siti lain.

Dato' Siti tersangatlah nakal, cantik dan sungguh menghiburkan. Sempat berseloroh ketika di konsert, "Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," apabila dia mengusik penonton dengan menyusun semula lagu Kumilikmu dengan menyelitkan intro Crazy in Love.

Saida dan Saerah hebat. Sememangnya mereka mampu pergi jauh. Mula menunjukkan Aura. Kash kata "I akan beli album Saerah bila keluar nanti." Suara Saerah mula menunjukkan kematangan. Saida, semakin selesa di pentas. Coda, biasa-biasa sahaja.

Saya, Kash dan As, tidak senang duduk di kerusi. Akhirnya, saya ajak Kash dan As berdansa apabila Dato' Siti mengalunkan lagu terakhirnya, Destinasi Cinta. Sepatutnya, kami lebih awal bangun dan berdansa. Bukan saya tidak tahu step Nirmala. Saya dulu belajar juga menari sewaktu zaman belajar dulu.

Dato' Siti berjanji akan mengadakan konsert bersempena 15 tahun penglibatannya dalam bidang seni. Saya berjanji dengan Kash untuk pergi bersama menonton konsert itu. Jujur, saya tidak puas menatap Dato' Siti malam itu selain mendengar suaranya yang sungguh merdu.

Nota kaki: Menjadi diri saya sendiri.

Sumber mstar online & calmille

Wednesday, November 18, 2009

Persandingan Sha dan Fairuz

The next day hari Ahadnye la (15 Oktober 2009). Majlis persandingan yang diadakan di Monterez Golf Club. Tiada apa yang aku nak story sangat pun. Gambar memang banyak ambil. Cume malas nak upload banyak-banyak. Ape pun memang friend wedding of the year. Meriah sungguh.

Aku cempat cilok flower girl yang comel ni.
Ni la teman-teman yang ke Majlis persandingan Sha dan Fairuz
Sempat menjadi Setan Gondol.

So pose la jadi baik. Lebih baik begini kan. Hahahha

Sempat dalam Majlis tu, kawan-kawan Sha usik "Kitorang ni masih anak dara, kau tu dah bukan anak dara". Sempat Sha membalas "Masih dara lagi tau." Tak sempat. Almaklumlah, banyak yang nak diuruskan. Hahahhaha

Apa pun, selamat berbahagia untuk Sha and Fairuz. Rumahtangga aman damai. Amin. Buat anak banyak-banyak erk.

Nota kaki: Seronok melihat kawan-kawan bahagia. Tengah tunggu bila Kak Ina plak ni.

Pernikahan Sha and Fairuz

Hari Sabtu lepas (14 November 2009) sempat menyempatkan diri hadir ke Majlis pernikahan Aishah dan Fairuz. Aishah ni junior sewaktu di MMU. Boleh kata agak rapat juga la. Nikah di rumah pengantin perempuan di Kampung Subang. Huhuhu

Aku ditemani 4 orang isteri. Hua hua hua, takde la. Ade 4 orang kawan temankan. Bukan ape. saja bagi gempak. Ape pun. Aku ucapkan tahniah kat Aishah and Fairuz.

Ni la 4 orang teman itu
Dah lepas akad, malu-malu plak si Fairuz ni nak cium Sha. Cium je la. Kan dah sah milik kau tu.
Ni sebahagian dari hantarannya.
Pelamin untuk akad nikah. Fresh white roses. Gile menarik.
Kalau dah namanya perempuan. busy body sungguh kan.
Bergambar kenangan. Aku pun nak juga ada dalam picture tu. Huhuhu
Sedang berusaha memperbaiki skill mengambil gambar ni. Hahahah. Bukan apa, nak sangat rasanya jadi Photographer amatur. Pro tu susah la kot. Sebab hati ni masih lagi terasa mahu menjadi engineer berjaya.

Nota kaki: Kawan memang ramai. Yang betul-betul kawan?

Tuesday, November 17, 2009

Tagged dari Kak Ina

Dah lama aku tak buat tagged. Nasib baik la ada yang berbesar hati mengisikan kebosanan aku ddisiang hari. Nak update stories macam banyak sangat plak. So buat la sikit-sikit. Apa yang patut je gua buat. Hua hua hua. Terima kasih Kak Ina.

a. write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.
(100 pun aku bleh tulis pasal Momguess)
  1. Dari riak mukanya aku rasa dia ni garang (teringat entry yang dia pi serang anak orang sebab jual T-shirt huduh kat anak dia)
  2. Ada 2 lelaki bertakhta dihatinya (obviously bukan aku la kan)
  3. Tetap menawan dan cantik walaupun sudah boleh dikategorikan berusia aka kertu... hua hua hua (keji tak ayat aku Kak Ina)
  4. Happening walaupun aku dia ni tak hitam macam HappeNing Baizura...
  5. Sangat suka di belanja (betul... ni sah-sah semua orang suka)
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
  1. Aku suka main boling
  2. Aku suka tido
  3. Aku suka tulis blog
  4. Aku suka sakat orang
  5. Aku suka melompat
  6. Aku suka karaoke
  7. Aku suka Hot Ms. J
  8. Aku suka Makan Nasi Lemak
  9. Aku suka Air Sirap Bandung Cincau
  10. Aku obses dengan gigi aku. Hua hua hua
c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them
(ni paling best ni, watch out yer korang, korang dan korang semue!!!!...)
  1. Auji Sam
  2. Acha aka Camar Putih
  3. Amir (Ape cita la dia ni)
  4. Pojie Pooh
  5. Rizz
  6. Remy
  7. Fatin Azmin
  8. Kak Heze Suze
  9. Kak Senduk (dia baca blog aku ke)
  10. Aimi Sam
d. leave a comment on the recipients blog to tell them that they've been tagged.... (Biarlah diorang tengok sendiri. Tak sempat nak blog walking)

Monday, November 16, 2009

Alpha Workshop

Sempat juga dalam kesibukan menghadirkan diri ke Alpha Workshop. For DSLR sony user. The good thing of this program was, bukan apa, dia ajar features on DSLR. Bagus juga. Banyak belajar. Perancangan bulan depan nak join lagi.

Nanti ada kesempatan nak ambil gambar pre wedding adik. Di mana tak pasti la. Yang penting aku la yang kene ambil kan.

Hari tu Kak Ina ada tanye, kenapa blog aku ni suram je. Bukan ape. Aku malas nak update. hua hua hua. Serius malas. Sebab banyak bende nak kene buat. Hati sedang gembira, sangat gembira sangat-sangat. Dan sangat bersyukur. Alhamdulillah.

Nota kaki: Rezeki ada di mana-mana, asalkan kita berusaha, insyaallah...

Pernikahan Taufiq

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat kebahagiaan kawan-kawan. Semua sudah mula melangkah ke alam rumahtangga. Saya sahaja masih begini. Kawan baik saya sewaktu di Texas melangkah ke alam berumah tangga. Saya ucapkan tahniah dah tumpang gembira.

Majlis ringkas sahaja. Diadakan di Masjid Negara pada 7 November 2009. Alhamdulillah. Selamat Taufiq menjadi suami orang. Tiada apa yang didoakan buat seorang sahabat, selain mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan, dan juga keamanan rumahtangga selain dimurahkan rezeki di dunia dan juga mendapat tempat di akhirat.

Nota kaki: Boleh rasanya nak praktis akad nikah sekarang ni...

Wednesday, November 04, 2009

Salah ke kalau saya merokok

Salah ke kalau saya merokok?
Kenapa orang lain boleh... saya tak boleh merokok?
Family saya semua merokok.
Salah ke kalau saya merokok?
Tak adil lah kalau orang lain boleh
Saya pula tak boleh

Monday, November 02, 2009

Cabaran

This picture was credited to Mr. Azril Hanafi.

Banyak betul dugaan hidup ni kan. Macam tak percaya, makin hari makin banyak dugaanya. Tapi dah namanya pun hidup. Mesti ada dugaannya. Dah mati nanti lagi banyak la dugaannya. Mak Ai, takutnya.

Maaflah, lama tidak mengupdate. Tak banyak cerita yang mampu dikongsi. Boleh kata tak ada cerita yang hendak dikongsi. Hahaha, almaklumlah. Crucial moment right now. So kene work hard. By hook or by crook, end of this year kene siapkan project jugak. Tak kisah la, ape nak jadi pun.

Later will update some photo yang di ambil di Putrajaya and planning untuk buat photoshoot di Sekinchan bersama dengan Encik Azril Hanafi. Macam ala-ala cite Nurqasih. Tepi sawah bendang semua. Adeh, kene menjadi rajin untuk sesuatu yang kita minat. Sebab semua ini adalah permulaan. Sape nak jadi model sila lah angkat tangan ye.

Sekarang tengah sibuk gila babas dengan persedian pre-viva. Adeh, cuak dah ni. Huhuhu. Wish me luck for pre-viva. (Risau kene hentam dengan supervisory committee)

Anyway, untuk semua student IPTA, tidak terlambat rasanya nak ucapkan good luck for your Final, for uniten, good luck for your new semester. Anyway rasa teruja sangat nak mengajar di Uniten. Hahaha, tak sabar. Hope dapat la the new contract. Really love it.

Nota kaki: Pandang-pandang hati berkenan