Monday, August 23, 2010

Malas ke?

  • Kenapa la aku ni malas sangat nak update blog lately
  • Bila la aku nak merajinkan diri mahu blog stalking. Haish
  • Ok, itu saja untuk hari ini
  • Semoga saya akan rajin bekerja.
  • Sekian

Thursday, August 12, 2010

Piknik Batang Kali Lagi

The geng of fius katanya
Cerita peram lagi. Aku ni tak sesudah peram cerita kan. Sampai dah penuh dah dengan cerita-cerita basi. Muahahaha lately malas nak update dengan fresh hot story from oven. Hahaha.

Orang kuat fius

Aku ni macam takde tempat lain dah nak pi piknik. Kalau dah gi satu tempat tu, tempat tu je yang aku tuju. Tempat lain tak ada ke. Hua hua hua. Ok ok. Bukan apa weh, ada yang minta gua bawak diorang gi sana. Aku layan je la. Lagipun, batang kali ni best. Sebab air dia deras.

Ok, kenapa aku suka gi sini
  1. Orang tak berapa ramai
  2. Ade surau dan tandas.
  3. Ada wakaf yang sesuai sangat nak buat BBQ
  4. Air dia deras la juga. Bukan lite-lite mengalir dia macam ulu yam
Terliur tak tengok ayam bakar ni

Ok la. Terima kasih kepada yang menjayakan event hari tu. [tensen ok, kene siram dengan kuah marinate ayam]. Terima kasih untuk tepung gandum tu ya, baik buat cekodok dowh. [nasib baik tak ada telur separuh masak.] Terima kasih for all the food.

Next event: Lepas raya k

Wednesday, August 11, 2010

Bulan Puasa Ramadhan

Lambat macam kodok kan aku wish selamat berpuasa.
Ok-ok. Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin muslimat yang masih hidup dan boleh berpuasa. Yang dah mati mana boleh puasa lagi. Jangan nakal-nakal bulan puasa. Itu je entry untuk hari ni.

Ok ok, aku tahu aku dah lama tak jadi blog stalker. No worries. Soon or later aku akan gile jadi blog stalker semula. Hehehehe

Nota kaki: Cinta yang pasti.

Tuesday, August 10, 2010

Genting Day Trip

Selamat datang ke Kota Keriangan

Owh, cerita ini basi dah. Gambar dah di upload di Facebook tapi blog tak update2, camne tu? Hahaha. Busy dowh lately, kepala otak pening fikir camne USD mahu jatuh dari langit. Keh keh keh.

Ada bakat buat tiger show tak?

Ok, Aku pergi time besdey aku. Kenapa aku pegi time besdey? Sebab kalau kite pegi time birthday kite, entrance fee outdoor theme park is free. Tu yang aku pegi tu. Hahahahah

Lompat, as usual, trademark

Ok, sejak lahir. This is the first time masuk theme park. Percaya tak? haha, dulu orang susah. Sekarang masih susah. Sebab tu pegi time free je. Kalau kene bayar. Mahu pitam aku. Kat atas asyik lapar je. Lainkali bawa makanan banyak2 la.

Ok, punggung aku besar. Mengaku je la

Ok, serius. Enjoy. Main takde la banyak bende, but then, i really have fun. Terima kasih kepada Encik Epulafea kerana sudi menemankan. :)

Nota kaki: Mahu ke Disneyland la...

Sunday, August 08, 2010

Britney Mati? Biar betul?

Biar betul... ok mengarut di tengahhari ahad.. saja buat gempak...

Friday, August 06, 2010

Sheila Majid, Masih Lagi Hebat di Konsert Aku Cinta Padamu

Memandangkan kerja aku agak berkait rapat dengan RTM kebelakangan ini, jadi aku berpeluang untuk mendapatkan tiket Konser Sheila Majid seperti dalam entry tickets. Pergi bertemankan perempuan cantik, Kak Ina Guess. Huru-hara malam tu mencari minah ni sebab bateri empty. Sekali dia sudah sampai auditorium perdana.

Tidak keterlaluan kalau aku katakan, dia antara penyanyi jazz terbaik di Malaysia yang sudah menjadi ikon. Hebat di atas pentas menghiburkan dengan lagu-lagu malar segar. Owh, saya sukakan lagu Memori dan Pengemis Muda. Sungguh, walaupun ia sebuah rakaman. Setiap detik itu tidak terasa sebuah rakaman. Tiada perkataan 'cut'. [Anuar Zain je terkantoi sekali]

Mengundang Anuar Zain sememangnya memancing peminat-peminat fanatik Anuar. Eligible bachelor ini ramai pengikutnya. Kalau saya seorang penyanyi, saya mahu menjadi hebat seperti mereka berdua. Membina legasi sendiri. [saya kata 'kalau']

Ini antara moment menjelang menyambut ualngtahun kelahiran saya. Walaupun tanpa hadiah besar, namun diri ini harus mengaku. Malam itu tersangat istimewa. Sungguh...

Nota Kaki: Terkilan tidak dapat menyaksikan rehearsal konsert...

Thursday, August 05, 2010

Teater Uda & Dara Best, Sebab Free

Razali Husin dan Misha Omar sebagai teraju utama

15 Julai 2010, mem’takbusy’kan diri untuk menonton teater Uda & Dara. Nak kata best sangat tu. Aku rasa still OK ke arah biasa. Tapi really, I enjoy the show. Thanks for ther advance birthday present ye Ikram sayang. Huhu, nanti ajak la lagi tengok teater kat IB for free. Thanks a lot.

Before the show start. From left, Amir, Anis dan Am

My sis, Shasha Kay (Dia datang dengan aku, El-Zaffril Kay - Hubby outstation)
Tak pernah amek gambar interior IB

Dari segi flow cerita. Not bad. Cuma aku rasa tak ada scene yang boleh aku kata ‘Wow’. But aku memang enjoy the show. Tak ada part gaduh-gaduh yang boleh mengujakan. Tak ada part bom-bom. Cuma ada part rehat tu. Huh, serius. Bile berehat tu. Feel dah kurang sikit.

Ok, lakonan semua mantap-mantap. Serius, tak macam teratak minang. Semua ada aura dia. Dari Razali Husin, Radhi Khalid, Betty Benafe dan pelakon-pelakon tambahan yang lain. Semua mantap-mantap. Cuma Misha Omar, dia boleh berlakon. Ada feel. But then agak keras sikit dan seperti pergerakannya di rancang, jadi tak nampak natural sangat.

Scene Romantik (Suka suka suka)

Susunan muzik dia biasa saja. Tak teruja sangat. Kalau Suhaimi Mohd Zain, mesti lagi mantap teater ni. Tapi bayar lebih sikit la. Dari segi lagu pula, serius aku suka. Sebab nampak the muzikal of the teater, lagu pula menepati jalan cerita. Jadi, lagu juga boleh menjadi cerita juga. Tak perlu dialog meleret-leret

Kareograf pula pada aku sangat wow. Meriah atas stage dengan menari-nari semua. Tarian semua pelakon memang mantap. Ade la nampak few pelakon tu student aswara. Maybe pendedahan lakonan dan tarian mereka sangat meluas. Jadi semua tarian nampak sharp. Walaupun off tempo, still nampak perfect. Terutama tarian Malim dan Uda. Dara, nampak keras sikit la Misha, lembut lagi sikit erk. [bukan nak kutuk Misha ok]

The show end

Teknikal pula, sound sistem la. Problem datang bile menyanyi. Sebutan tak berapa nak dengar. Sampai terpaksa tengok subtitle kat screen untuk tahu ape yang disebut. Walaupun subtitle english. Layankan je la.

Transition penukaran prop dan setting pula. Tak kemas. Lighting dah menyala, setting masih berjalan di atas stage. Huhu. Look minor, tp sebenarnya pada aku agak major la.

Overall, kalau dipentaskan lagi. Konpem aku akan tengok lagi. Pastu bawak adik aku. Konpem2 dia akan nangis. Dia kata ade few part sedih gile. Layankan je la dia nangis.

Inilah bakal pengapit saya nanti. Menepati kriteria utama (Lebih rendah daripada saya)
Justify Full
Encik Ikram pula memberi komen, "management dr segi stage n prop n wt so eva sume tu, nice. part bile ramai2 ckp, dan penggunaan byk bhs moden dlm mase sama byk ayt2 yg berbunga2 seperti di zaman kesultanan melayu melaka. berlaku kecelaruan identiti sebenarnyew." Sekian...

Nota kaki: Ini adalah pendapat peribadi semata-mata dan tidak dipengaruhi oleh dakyah-dakyah luar. Kalau tak best, aku akan cakap tak best. Ditunangkan...

Wednesday, August 04, 2010

IBC for World Cup 2010

Dulu teringin nak jadi pengacara TV

World cup dah lama abes la wei. Tapi aku nak tunjuk gambar aku kat international broadcast centre untuk world cup punye stage ulasan. Menggedik-gedik tak ingat dunia kat atas stage tu. Huhuhu

Selambe aku baring kat sini.

Ok. Lama dah tak update. Banyak bende nak story. Tapi max satu hari aku akan update 1 entry je. Tak larat nak buat banyak-banyak. Sedang menulis series terbaru. Huhuhu

Nota kaki: Duda...